Selasa, 19 Februari 2013

DI MANAKAH KEJUJURAN SESEORANG ITU

                Dah lama tinggalkan alam maya... setelah hampir 2 bulan menghadapi kekecewaan dalam hidup ini. kini aku kembali bersuara hati menerbitkan kisah2 yang pernah dan sedang aku hadapi. bukan apa saja suka2 lepaskan tekanan kt sini. 
                     
       Setelah aku tamat pengajian di sebuah bandar di utara malaysia, mcm biasa laa.. kemas2 barang nk berhijrah semula ke kampung.. aku terperasan yang aku sudah kemas semua tempat tinggal aku untuk di bawa pulang ke kg halaman. Bila sampai jea di rumah, aku tersedar satu benda yang dapat menghubungkan aku dengan alam maya ini sudah tiada. sedari aku mmg aku dh sumbat semuanya dalam beg aku. Setahu aku juga sudah licin aku kemas barang2 aku dalam almari, atas katil semua. Entah mcmna penyangak sebilik pulak sempat rembat aku punya benda tu.... hampir sebulan lebih aku tercari2 mana tahu kot2 tercicir kt mana2. 
                 
                   Dalam pada tu, aku juga sempat berdoa dan membaca yasin hampir tiap malam untk mendapat petunjuk supaya barang aku berjumpa balik,... Alhamdulillah dengan izin Allah tak semena2nya setelah sebulan lebih melaksanakan ibadah dengan berhajat pada Allah. Akhirnya orang yang mengambil barang aku tu menghantar msj memberitahu yang dia telah menjumpai barang aku tu di atas katil... memang tak logik alasan dia tu...tapi aku bersyukur, dengan izin Allah orang itu masih lagi mahu memulangkan barang aku. memang sakit hati tp dlm masa yang sama ada berita gembira yang aku dapat. Walaupun x seberapa tp ia amat bermakna dlm hidup aku..Sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan hajat hambanya yang sabar dan tidak berputus asa.

'KEPADA insan yang telah dimaksudkan harap bertaubatlah, insaf dengan kekuasaan Allah...ikutilah akhlak yang mulia, jadilah hamba Allah di dunia yang sentiasa bersyukur dan menghargai dengan pemberian Allah swt. Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini tidak berkekalan.'

Ya Allah ya tuhanku sesungguhnya aku hambamu yg sangat lemah bantulah aku untuk menasihati hamba2mu ke jalan yg benar.Peliharalah kami dari fitnah dan kekejaman duniawi.

Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan